Pages

Monday, February 7, 2011

aku suka cuti tahun baru cina, tapi aku tak suka Genting Sempah

haha.. assalamualaikum..

selamat tahun baru cina kepada semua.. tahun baru cina, mesti cuti 2 hari. banyak suka. lagi suka bila cuti jatuh pada hari khamis dan jumaat. selasa pula hari wilayah. dan semestinya rabu wajib mengambil cuti. supaya dapatlah aku bercuti panjang. dan seperti tahun2 sebelumnya, tahun baru cina dato' dan datin akan bercuti di Kelantan.. hari isnin lagi kami dah meninggalkan bandar baru bangi.. haha.. seronotnya cuti...

siapa yang tak suka bila dapat peluang cuti panjang.. cina punya raya, melayu cuti panjang.. haha.. memang best.. bagi orang yang malas bekerja.. balik seawal hari isnin memang tidak mendatangkan sebarang masalah semasa perjalanan pulang ke kelantan.. perjalanan lancar tanpa sebarang gangguan..

mengharungi percutian di kelantan bukan sesuatu yang mudah.. sangat mencabar.. setiap hari ada sahaja program yang diatur. kenduri kendara adalah agenda utama. membeli-belah agenda sampingan yang menjadi kewajipan. berada di kelantan tidak banyak bezanya dengan kuala lumpur. bandar pasir mas dan kota bharu sentiasa sesak dengan manusia yang pulang ke kampung halaman. SESAK tetap diharungi bersama keluarga.. inilah masa yang harus digunakan sepenuhnya bersama keluarga.. bila dah balik KL, dah berjauhan dengan ahli keluarga..

keseronokan bercuti berakhir bila AHAD menjelma.. biasalah, kena balik ke KL semula. dan perjalanan yang lebih MENCABAR perlu dihadapi. perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebihkurang 7 jam, telah berganda. memang memeritkan bila terpaksa berada di jalanraya selama 15jam. aku bertolak dari kelantan jam 12 tengahari dan tiba di bangi jam 3.30pagi. memang perit. aku benci hentian GENTING SEMPAH.. penyebab kepada kesesakan yang amat teruk. perjalanan di KARAK sahaja memakan masa hampir 4jam disebabkan kesesakan yang berlaku di Genting Sempah. selepas sahaja hentian genting sempah, perjalanan menjadi sangatlah lancar.. genting sempah memang menyakitkan hati..


bersyukur kerana selamat sampai ke destinasi..

3 comments:

  1. bagaimana sampingan menjadi kewajipan? uiks??

    awat dengan R&R genting sempah? depa ni peghak ka semua nak stop kat genting sempah? hahaha.. depa nak ganti lampin anak berak kot.. mana tau kan beranak kecik ni payah...

    tapi R&R sg perak di K.Kangsar tak kurang hebatnya, Tapah...turut jam angkara org nak masuk R&R..

    ReplyDelete
  2. agenda bershopping menjadi agenda sampingan yg menjadi kewajipan utk ditunaikan.. hehehe..

    biasalah..
    nk gi rantau panjang, kota bharu, wakaf che yeh, pengkalan kubur bla bla bla..kan byk tempat nk g tu?? tp blk aritu semua tempat yg disebut x sepat nk g kcuali ke pengkalan kubur je gara2 jem jgk.

    15jam yg memeritkan..thn dpn raya cina blk thru udara ye Dato'..huhu

    ReplyDelete
  3. @nahar
    sampingan yang menjadi kewajipan. paham2 je la weiii...aku benci RnR Genting Sempah..

    @datin
    jangan buat2 lupa plak yg pi pasar payang tu.. habis banyak tu..
    tahun depan balik perak je la...hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...