Salam 2011...
entry pertama untuk tahun baru 2011 ni. tahun 2011 ni memberikan aku satu cabaran baru.. adakah aku rasa tercabar?? haha..
cerita aku di opis baru. Cawangan Pelaksanaan dan Penyelenggaraan Projek Wilayah Tengah, Ipoh. apa yang berlaku kepada aku disini.
1. aku hidup tanpa isteri di sisi. aku di Ipoh, Datin di Bangi. ada ke patut?? macam mana kami nak menjalani hidup yang normal sebagai suami isteri. sapa nak jawab?
2. di rumah baru takde peti telebesen. apa aku nak buat? bosan yang teramat sangat. nak borak2 ngan Datin pun, dah duk jauh. gayut telipon je la.. ape nak buat?
3. bangun pagi dah takde orang nak kejut. ingat senang2 je ke aku nak bangun pi keje. perlu ada datin untuk kejutkan aku. baru semangat. setakat kejut pakai telipon, tak jalann.. boleh terbabas weiii... sape nak tanggung?
4. makan. sape nak masak untuk aku? dapur ada, tong gas pun dah beli. tapi tak pasang2 pun lagi.. cess.. larat ke aku nak makan kat kedai tetiap hari.. muntah hijau weiii.. ape kes?
5. hujung minggu ni kena balik Bangi. naik bas la aku sorang2.. sapa nak teman?
setakat ni keje kat opis baru ok je.. keje pun takde lagi.. yang rasa pelik sikit ni, kat sini tak ramai orang. so, rasa macam sunyi sikit.. member nak ajak makan pun takde lagi.. makan sorang je la.. macam anti sosial plak aku ni.. cess.. satu lagi, internet slow. nak bukak blog amik masa berejam.. susah plak nak update blog. facebook?? jangan harap la..
ok, la.. cukup catatan pembukaan aku untuk tahun 2011 ni.. salam...
main kad slalu kalah. sapa nak jawab ?
ReplyDelete:D
noceng!
ReplyDelete..naim tak mo jumper aku ker?...
ReplyDelete-emon-
noceng?? ape tuh?
ReplyDeleteemon. selamat pengantin baru.. hehe
lamanya tak jengok blog ko.. ko dah dok ipoh ke?? ramai la bdk seratas dok ipoh...tp perempuan la.heheh..ipoh ada macam-macam yang tak berapa best sangat.. ok ok la kalau nak dok tanpa kehidupan sesak mcm kat kl tu.. relaks je...hehee
ReplyDelete