Pages

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT HARI RAYA

assalamualaikum..

salam ramadhan..
ramadhan semakin hampir melabuhkan tirainya. dalam 2 atau 3 hari lagi syawal akan menjelma. menggantikan ramadhan yang berlalu pergi. ramadhan yang pasti akan datang lagi pada tahun hadapan, insyaAllah.. semoga bertemu lagi ramadhan yang akan datang.

masa berlalu begitu pantas.
hari ni aku akan bergerak pulang ke kampung isteri tercinta. tahun ni giliran beraya di rumah ibu mertua la pulak. kali pertama dalam hidup aku, beraya berjauhan dari keluarga. jauh dari mak dan ayah. jauh dari sanak saudara. inilah resam hidup berumah tangga. kenalah bertolak ansur. keluargamu keluargaku jua.. masih lagi berhari raya bersama keluarga.

hari ni, lepas je raya terus aku nak gerak balik dari office. isteri aku biasa la, ikut aku datang office. jap lagi boleh la dia bershopping di sogo. memang menjadi hobi la.. huhu.. harap2 dengan perancangan ini, dapat la aku balik dengan tenang dan dapat mengelak dari kesesakan lalulintas yang tersangatlah teruk.. faham2 je la balik kelantan di musim perayaan. memang padat..

KENANGAN RAYA 2009 DI PERAK

dengan ini, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepasa semua ahli keluarga, sahabat handai dan seluruh umat islam di serata dunia. jangan lupa bayar zakat fitrah. semoga selamat pulang ke kampung halaman..

selamat datang syawal..

Thursday, September 2, 2010

Maaf, saya sibuk..

salam ramadhan..

dah hampir sebulan aku tak hupdate blog.. last entry adalah pada 9 ogos 2010.. betullah dah dekat satu bulan.. bulan puasa pun dah dekat2 nak habis..

'Maaf, saya sibuk..'
tu alasan yg aku dapat fikirkan.. sebenarnya takdelah sibuk sgt.. tapi, dah lama aku tak boleh nak bukak blog kat opis ni.. macam dah kena block plak kat opis ni.. sekarang nih dah ok balik dah.. so, boleh la aku hupdate blog..

memang banyak benda yg aku nak tulis, tapi macam takmau keluar pulak.. biasa la, bila dah lama sangat terperap dalam kepala hotak ni, mula la dia berkarat sikit..

jadi, hari ni hanya sekadar intro je.. cukup setakat ni dulu.. tgk la, nanti sebelum balik raya ni mesti kena sediakan satu pos khas hari raya...

selamat hari raya.. selamat hari raya..

Tuesday, August 10, 2010

esok puasa...

Ramadhan menjelma,

Ramadhan membawa 1001 erti dalam kehidupan umat Islam.. kalo nak 1002 pun boleh jugak. bila tiba ja bulan puasa ni, memang semua orang sibuk. ada yang sibuk mengemas rumah, ada yg mula membeli-belah baju raya, ada yang sibuk buka buku resipi kuih-muih, dan banyak lagi la kesibukan yg datang bila tiba bulan puasa ni..

Aku seperti tahun-tahun yang lalu, tetap slamber je.. takde la sesibuk orang lain, yang duk kalut tak tentu pasal.. tahun ni adalah tahun ke2 aku menyambut ramadhan bersama isteri. kalo bab baju raya, aku dah tak perlu risau lagi. sebab semuanya dah ada orang yg uruskan. (pakai baju tahun lepas je..huhu..)

selalunya kalo dengar ceramah, mesti ustaz2 marah kalo sebelum bulan puasa kita dah sibuk2 beli baju raya.. "puasa pun belum, dah sibuk beli baju raya. ni la budaya kita org melayu. pentingkan raya dari puasa." lebih kurang macam tu la bunyinya.. tapi, minggu lepas masa ceramah menyambut ramadhan, ada sorang ustaz ni (mentor imam muda) kata lebih baik kita beli baju raya awal2, buat persiapan raya sebelum bulan puasa. sebab, bila tiba bulan puasa kita boleh tumpukan sepenuhnya pada amalan kita.. so,aku sgt la bersetuju dengan hujah ustaz ni. hehe.. memang bernas..

jadi, cepat2 la kita buat persiapan menyambut ramadhan dan syawal.. sebab kedua-duanya istimewa..

wassalam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...