Pages

Monday, October 25, 2010

Siapa Ahmad Rifai???




Kelmarin,

masa tengah duk tengok TV sambil bermain Footbal Manager 2010 di Laptop HP dan bermain FB di NoteBook Datin (tamaknya, dah la tgk tv, main game, FB lagi.. semua dia nak), tetiba ada sorang awek indon call..

"hello, boleh saya cakap dengan Ahmad Rifai?"awek indon

"Ahmad Rifai?? sapa Ahmad Rifai?? Salah Nombor ni.."aku

"oo.. enggak ada yang nama Ahmad Rifai ya??"awek indon

"salah nombor ni.. Ahmad Rifai tak dak.. Ahmad DURRAH ada.."aku sambil gelak..

"oo.. maaf ya, nombornya betul orangnya salah.."awek indon terus letak tepon..

ceh, sapa plak Ahmad Rifai ni.. tetiba plak aku jadi Ahmad Durrah.. haha..
semalam dapat plak mesej dari awek indon tu lagi..

"Hai Ahmad Rifai, watpe?"

ceh...naik tensen plak aku... Aku AHMAD DURRAH la!!!!!

Friday, October 22, 2010

kelapa goncang

salam...

wahai sekalian pembaca, tahukah anda apakah itu coconut shake?? coconut adalah kelapa manakala shake adalah goncang. jadi apabila digabungkan, jadikah kelapa goncang.. iaitu buah kelapa yg digoncang2.. hahaha.. sapa yg ajaq ni ha?? ajaran sesat...

untuk pengetahuan semua, coconut shake adalah sejenis minuman yg sangat best.. aku mula kenal coconut shake ni kat kelantan.. kedai coconut shake di pasir mas adalah suatu tempat yg menjadi kegemaran atau kemestian untuk aku dan datin kunjungi.. ni tempat dating ni..

coconut shake ni adalah air kelapa muda + aiskrim.. waaahhhh... sedap bangat... feberet datin nih.. kena sekali pasti mahu lagi..

mahu kenal coconut shake?? lihatlah gambar di bawah..
datin bersama segelas coconut shake dan air kelapa.

aiskrim tu ada perisa lain jugak. boleh try.. yg atas ni perisa cokelat..

aku minum air kelapa je.. coconut shake tu share.. sharing is caring.. or saving???hehe..

kepada sesiapa yg datang ke pasir mas, bolehlah minum coconut shake di gerai berhampiran jalan keretapi di bandar pasir mas. nama gerai tu 'gerai mak su'... kalau tak silap la..

selamat mencuba..

Thursday, October 21, 2010

Jangan Pandang Belakang Congkak 2


assalamualaikum..

poster filem JPBC2 ni aku taruk sini sebab aku sudah pegi tengok ini cerita sama itu datin dan adikku cik pura. (eh,apsal plak aku cakap bebelit ni..)

semalam punya cerita la ni. aku pi Alamanda nak tengok citer ni. tiket datin dah booking kat internet. biasalah, zaman IT serba canggih ni, buat apa nak beratur panjang kat kaunter. sampai giliran ko, "tiket dah habis dik, mamat tak hensem ngn awek cun dia tu dah beli last tiket. harap maaf ye.." baik beli je kat internet kan.. lagi senang. pandai datin..

mai sini aku kasi cerita sikit pasal filem ni.
filem ni aku kasi 3bintang je la... sikit? tu pun dah kira banyak dah tu.. banyak cantik muka kau..

jalan cerita dia simple je, dua orang keturunan pak sudir ni (lan dan cat) rasa macam depa ni dah kena badi hantu dari cerita JPBC1. so, depa 2 orang ni pi la cari bomoh nak buang badi tu. sebenarnya depa bukan kena badi, tapi depa diganggu oleh tok moh (azli) dan Mustika (lisa suRihani) yg nakkan saka pak sudir untuk kekal muda.

so, punai (Lan) dan Cat (cat farish) jumpak la Wak Ketari (Bob) dan anaknya Seha (Nora Danish). wak ketari ni ajar la depa ni ilmu kebomohan untuk menentang hantu jembalang.. last2 depa kalahkan Mustika dan Tok Moh. itu saja.. tamat..

memang la ada kelakar2 dia.. ada jugak la yg aku gelak kuat. tapi bagi aku biasa je la filem ni.

nantikan plak filem seram komedi seterusnya iaitu Ngangkung lakonan Sam (adnan Sempit).

Wednesday, October 20, 2010

can i sepik english??

salam,

today i want to sepik in english.. i wan to sepik London.. this is because Datin told me that, if i want to be Dato' , i have to sepik London..

since i'm in primary school, i'm very weak in english.. UPSR, PMR and SPM i got B in english. Whatthefate... hehe.. FATE.. not a bad word..on more, MUET exam i got band 2... hahaha... how to laugh in english ha???

so, from today, i have to learn to sepik in english.. datin, can u help me?? u're very good in english.. everyday u sepik english with ur student.. so, u can teach me how to sepik london..

in my family, english is like a 'badi' subject. never get A... what make English so important ha? why? if i cant sepik english, u think that i cant success? do u yhink i can pass SPM with flying colors if i can sepik english??? flying colors??? what is that?? haha... sorry ok, now i'm an engineer.. but i cant sepik english very well.. so sad..

why? why we have to sepik english? is it our nation cannot survive if we cannot sepik english?? no la... if we have a good brain and attitude, we dont need to speak english to develope.. developing our country with our own language la... proud to be malaysian.. proud to be MALAY..


but, i still have to practice my english.. very bad maa... just like cina apek sepik english... very very terok... how i want to present in front of people from other country?? they cannot sepik malay.. but they also not very well in english.. malaysian english is better..

last week, korean people present their technologies to JKR.. they sepik in english like shit.. (shit is not a good word). very stupid english.. we cannot understand not even a word.. when we ask them some question, they cannot answer.. but, their technologies is very good.. respect korean.. (in developing their country. not in sepik english la...)

however, i want to be a good person in sepiking english.. (i know that i use low standard english, so dont cursing me)

datin, please teach me english tonight.. u teach me english, i teach u how to be a good teacher.. hehe

sepik = speak.. i know la...

Monday, October 18, 2010

Kisah suami isteri...


Halim dan Milah baru pulang dari kenduri di rumah saudara Milah.Halim agak penat dan lapar kerana memandu sepanjang perjalanan pulang memakan masa 4 jam.

"Milah,buatkan abang nasik dengan telur goreng,boleh?"pinta Halim."Okeh!"kata Milah.Milah pun masuk ke dapur.Milah pun membasuh beras.Tiba-tiba kepala Halim tercongok di tepi peti sejuk,"Milah,Milah,basuh beras bilas 2 kali ya!"kata Halim."Baik bang!"kata Milah dengan riang.Milah membasuh beras dan meletakkan bekas beras itu ke dalam rice cooker."Milah,Milah,tekan butang dia betul2!Pastikan lampu menyala!"jerit Halim."Baik bang!"jawab Milah lagi.

Milah pun pergi ke peti sejuk dan mengambil dua biji telur.Sedar-sedar,Halim sudah ada ditepinya."Abang..abang nak makan sangat2 ke?Ke abang nak makan Milah ni?Hehehehe"tanya Milah bergurau.Muka Halim serius."Milah,pintu peti sejuk tu,tutup elok-elok!" kata Halim.

"Alah abang ni.."kata Milah mula rasa Halim annoying."Telur tu ketuk bagi pecah elok-elok,kulit telur jangan ada tertinggal lak,"kata Halim sambil jarinya menunjukkan pada Milah di mana telur itu patut diketuk."Minyak dah panaskan ke?Apsal minyak tak dipanaskan lagi?"

Milah memecahkan telur dan memukul 2 biji telur."Pakai garpu!Pukul telur tu sampai rata!Garam jangan lupa masukkan!" pesan Halim agak kuat dan serius sambil berdiri di sebelah Milah.Milah memukul telur itu sebaik mungkin."Kuat lagi,kuat lagi!"jerit Halim macam orang gila.Milah sudah mula rasa tension.

"Kuali ni dah berasap Milah,kuali tu dah berasap!Habis!Habis!"jerit Halim makin lantang."Iye bang,saya nampak ni..." kata Milah sambil menuang telur ke dalam kuali.Berdesit bunyinya lalu mengeluarkan bau yang harum."MILAH!MILAH!Dah nak hangit tu!JAGA-JAGA!KARANG TERBAKAR!" jerit Halim makin menggila.

"ABANG!APA NI!?Saya nak goreng telur aje.Tak payah la nak ajar saya sampai macam tu sekali!Sakit telinga saya dengar abang terjerit-jerit.Bukannya saya tak reti!Dah banyak kali la saya goreng telur!" balas Milah tak tahan dengan perangai suaminya.

Halim dengan selamba bangun ke ruang tamu untuk menonton sukan,"macam tu lah perasaan saya masa driving 4 jam on the way kita ke rumah tadi.Tension kan?"

Friday, October 15, 2010

antara secret recipe dan pizza hut

antara secret recipe dan pizza hut

mana yang lebih baik??

seingat aku, baru je 2 kali masuk secret recipe.. itupun setelah dipaksa oleh datin.
datin memang suka makan secret recipe.. tapi aku tak suka.. makanan tak banyak.. dan pelik2.. harga mahal tak masuk akal.. satu yg aku boleh terima di secret recipe adalah kek. kalau beli kek kat secret recipe kira ok la..
jadi, kesimpulannya secret recipe mahal dan tak best..
tapi aku akan sambut anniversary dengan datin di secret recipe setiap tahun.. insyaAllah..
setahun sekali je punnn...

pizza hut.. makan roti.. aku bukanlah suka sangat makan roti.. makan nasi lagi best.. tapi aku boleh terima pizza hut sebab... ntah la... macam ok jugak la.. harga?? ok...
baru lepas sambut besday dengan datin di pizza hut.. datin belanja.. i kan besday boy..

tapi, yang paling best adalah makanan yang dimasak sendiri oleh datin.. atau dengan kata lainnya makan di rumah.. walaupun hanya berlaukkan telur goreng masap sos+kicap+bawang.. tetap terbaikk... tidak akan dapat di secret recipe ataupun pizza hut.. setiap masakan datin adalah terbaikkk...

i love u datin Mujahadah...

Tuesday, October 12, 2010

alain delon 11 oktober

salam...

11 Oktober 2010...

hari apa ni??? hahaha... hari ni adalah ulang tahun hari lahir aku.. i like 11 oktober..

dapat hadiah tak?
mesti la dapat hadiah... Datin bagi dompet dan belt alain delon.
sebenarnya aku memang dah tau dia nak bagi hadiah tu. sebab memang dah byk kali aku sebut pasal dompet dan belt depan dia... dompet dah rosak, belt dah buruk... hehe... bagi hint je.. so, Datin pun belikan aku Dompet dan belt Alain Delon. bagi menggantikan dompet dan belt pierre balmain yg dihadiahkan masa kahwin 2 tahun lepas...

tahun lepas punya hadiah??? dirahsiakan...

dulu masa kecik2 selalu mengimpikan ada sambutan hari jadi. tapi mak dan ayah memang tak suka buat sambutan hari jadi ni... so, buat2 tak tau je la... hadiah pun takdak sapa nak bagi... tapi bila dah besar ni ada la plak orang nak bagi hadiah... kecik2 dulu nak dengar orang wish besday pun susah.. haha...

Datin, terima kasih atas kejutan dan hadiah yg diberikan... sayang awak... tahun depan nak apa plak yek???

Thursday, October 7, 2010

Dato' N

assalamualaikum...

aku berangan-angan untuk mendapatkan gelaran Dato' satu hari nanti... apa yg best sangat nak jadi Dato' ni?? entah la... aku rasa macam best je bila tengok Dato' Hamizan (Pengarah BSFJ) berucap dalam satu2 majlis... sentiasa dihormati... dan dia ni sempoi jugak.. so, aku rasa aku pun patut dapatkan gelaran Dato' satu hari nanti....

tapi, dalam blog ni, aku dah boleh dapat gelaran Dato'. sebab blog ni aku yg punya... mulai sekarang, aku adalah Dato' Mohamad Naim Bin Hj. Ab. Rahman.. sila panggil aku Dato' N. hehe... ok jugak... takde lagi kot org guna gelaran Dato' N.. hehe.. jadi secara otometiknya wife aku dah jadi Nenek.. opsss... jangan marah... jadi Datin la... Datin Muja... wah... memang sesuai...

jadi, mulai hari ni, blog ni adalah Blog Dato' N. boleh panggil aku Dato' N ok...

selamat maju jaya Dato' N.

gambar sekadar hiasan.




open house...DONE

assalamualaikum...

sudah lama tidak mengupdate blog aku ni... dah bersawang dah pun.. kena bersih2 dulu...
memang agak kesibukan sikit... ye la, baru lepas buat open house itu hari... hari sabtu lepas ada buat open house... mula2 tu ingat nak buat kecik2 je.. nak ajak member2 kat UM dulu ngn member2 sekolah wife je.. ada la budget dalam 50 orang... semakin dekat hari nak buat tu, rasa macam, was-was sikit..

abang, ade ke org nak datang open house kite nanti?

wife dah mula rasa macam takut2 takde orang datang... maklumlah, sekarang ni kan banyak sangat org buat open house.. takut la kalau2 semua org takmau datang rumah aku... hehe..

mak ayah wife aku dari kampung pun datang... nak buat menu apa ni? wife cakap mula2 tu nak buat nasi ayam ngn laksa.. aku ok kan saja... aku tolong sikit2 tu boleh la..

bila dah comfirm mak dia dari kampung nak datang, terus tukar plan, nak buat nasi dagang pulak.. bukan wife aku yg buat la... mak dia la yg buat.. wife aku buat laksa... tugas aku?? hehe.. masak sate... (macam best je) bukan masak la... beli je sate kat Anugerah... lemang pun beli je tepi2 jalan. banyak je org jual...

hari jumaat, sehari sebelum open house. aku dah mula rasa macam tak confident...

sayang, call je la semua org.. ajak je la sape2 yg dekat tu.

memang rasa macam tak confident je akan ad org datang rumah.. so, aku pun ajak la budak2 opis datang jugak... lantak la, sapa nak datang pun boleh...

kepada budak2 seratas, i'm so sorry sebab tak jemput korang join jugak... sebab dah kelam kabut sangat. tak sempat nak jemput.. sorry la wei... len kali je la...

pada hari kejadian, mula2 tu macam slow sikit... macam takde org datang je... aku dah cuak...

takde ke org nak datang rumah aku ni??? mana budak2 UM ni?? hampeh tul la...

haha... bila dah lepas zohor tu org datang dah tak henti2... fuhh...lega... budak2 UM pun dah datang. diorang lepak dari kul2.30 sampai la maghrib... haha.. thanks pada semua yg datang umah aku dan bagi support pada aku...

oleh sebab sambutan yg dah mencecah 150 org, memang memenatkan... dah 3 kali ganda ni... nasib baik makanan banyak jugak.... cukup la.. cuma, nasi dagang mak mentua aku yg best tu sold out plak... memang sedap sgt la tu...

gambar bersama isteri tersayang.. sekadar hiasan..

terima kasih pada wife aku yg menjadikan majlis satu realiti...

laksa yang sayang buat tu memang TERBAIK.. nanti kita buat lagi ye sayang.. nak ajak member2 seratas pulak... hehe...

terima kasih jugak kepada mak mentua yg memang sporting memasak nasi dagang...tidak lupa kepada kak nori (kaka ipar) dan cik husna (solo lagi ni) yg telah banyak membantu...

thanks kepada semua...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...