Pages

Wednesday, August 26, 2009

maafkan aku, aku bukan yg sempurna..

emak,
maafkanlah segala kesalahan anakmu ini,
anakmu ini telah banyak menyusahkan emak,
anakmu ini telah banyak menyakiti hati emak,
anakmu ini terlalu mementingkan diri,
anakmu ini lupa pada segala jasa emak,
anakmu ini telah banyak berdosa padamu,
maafkan aku kerana aku bukanlah anak yg sempurna untukmu,
maafkan aku emak..

ayah,
maafkanlah segala kesalahan anakmu ini,
anakmu ini memang degil,
anakmu ini tidak pernah memahami ayah,
anakmu ini selalu membelakangi ayah,
anakmu ini selalu lupa menghormati ayah
anakmu ini banyak memberi masalah padamu ayah,
maafkan aku kerana tidak menjadikan impianmu satu kenyataan,
maafkan aku ayah..

abang, kakak, dan adik2ku,
maafkan aku,
aku telah banyak menyusahkan kamu semua,
aku memang mudah lupa pada jasamu,
aku terlalu mementingkan diriku,
aku selalu mengganggu hidup kamu,
aku selalu menyakiti hati kamu,
maafkan aku kerana tidak menjadi ahli keluarga yg baik untuk kamu,
maafkanlah aku..

kawan2ku,
maafkan aku,
aku lupa pada kebaikanmu,
aku tidak berterima kasih atas pertolonganmu,
aku marah atas kesilapan kecil yg kamu lakukan,
aku selalu menyusahkan kamu,
aku selalu memburukkan kamu,
aku terlalu mementingkan diri,
maafkan aku kerana tidak menjadi sahabat yg baik,
maafkan aku kawan..

isteriku,
maafkan aku,
aku selalu menyusahkan kau isteriku,
aku selalu mementingkan diriku,
aku selalu lupa pada tanggungjawabku,
aku bukanlah suami yg baik padamu,
aku selalu lupa pada kamu,
aku selalu meletakkan kamu pada yg terakhir,
kerana yg terakhir itu adalah yg teristimewa bagiku,
aku bukanlah suami yg tahu menilai kebaikanmu,
aku tidak pernah berterima kasih padamu,
aku selalu memarahi kamu,
aku selalu gagal menunaikan permintaanmu,
aku mengecewakan kamu,
aku mudah lupa pada janji2ku,
aku terlalu mementingkan diri,
aku selalu menitiskan air matamu,
maafkan aku kerana tidak menjadi suami yg sempurna buatmu,
maafkan aku sayangku..
maafkan aku..
maafkan aku..

maafkan aku atas segala dosa dan kesalahanku..

ikhlas,

Monday, August 24, 2009

ramadhan datang lagi




Ramadhan datang lagi,
Membawa seribu erti,
Menguji jati diri,
Sejauhmana cinta pada Ilahi



Ramadhan datang lagi,
Mengusir segala sunyi sepi diri,
Dinihariku yang malap kini kian berseri,
Dengan tasbih,cselawat dan tahmid suci.



Ramadhan,
Datangmu memang kunanti,
Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati,
Segar mengharum di bingkai rohani,
Menjadi inspirasi pengabdian diri ,
Sepenuh jiwa raga pada raja seluruh alam,
Allah Rabbbul’alamin.



Ramadhan,
Kuharap kali ini kau takkan pergi lagi,
Walaupun kau pasti akan pergi lagi,
Meninggalkan aku, dia dan semua isi bumi,
Dan hanya akan datang menjengah kembali,
Dengan membawa malam seribu erti,
Pada tahun hadapan nanti.



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,
Wa Marhaban Minkum
Kuharap kau tetap hadir dalam sanubariku,
Bagi mentarbiyah nafsu dan mindaku agar sentiasa,
Melaksanakan Sunnatullah,
Menjauhi mungkar dan larangan Allah,
Agar..biar lahirku nanti selepas Ramadhan,
Laksana bayi yang suci bersih,
Tanpa noda dan dosa.




Thursday, August 20, 2009

rabu=movie night

hari rabu=movie night...

dulu masa kt UM ada boling day iaitu hari selasa..

sebab hari selasa boleh main boling dengan harga murah iaitu 4game 10ringgit.

dekat Bangsar Shopping Centre je..

tapi BSC dah takde boling dah sekarang nih..


memang xtvt di hari rabu malam khamis adalah menonton wayang.

di mana?? ALAMANDA Putrajaya... sebab?? MURAH.. berapa?? RM6 seorang..
so aku selalu pergi menonton dengan cikgu Siti Mujahadah. 2orang.. so kena bayar RM12 je la.. bagi aku yg tak berapa kaya ni, kena la cari masa yg boleh dapat tiket murah untuk menonton wayang. tak mau membazir la...

semalam aku menonton.. cerita melayu.. diulang, filem MELAYU... diulang lagi, filem MELAYU..
ye la, sapa lagi yg nak sokong wayang kita.. kalo bukan kita..kan,kan.. aku sokong citer2 melayu yg agak boleh layan je.. kena tgk pengarah gak.. dan sebelum nak pi tgk citer tu, kena la tanya2 org dulu, sedap ke tak citernye.. kalo tak best memang la aku takmau tgk..
SETEM.. filem arahan Khabir Bhatia.. tayangan unggul..
pelakonnya adalah, afdlin shauki, rashidi ishak, vanida imran, sathia, Que haidar, Indi nadarajah dan ramai lagi la.. jalan citer mengisahkan beberapa kumpulan yang ingin mendapatkan setem lama yg bernilai $4juta.. banyak la scene2 yg menarik dalam citer ni yg akan membuatkan anda tidak mahu berganjak dari tempat duduk.. (ye la, dah bayar tiket, buat apa nak berganjak plak kan..)


memang bising la satu panggung tgk citer ni. gelagat afdlin shauki memang mencuit hati.. wife aku yg duk sebelah asyik gelak je tak henti2.. sesekali dia bertanyakan sesuatu pada aku..

"kenapa camtu?"

"kenapa camni?"

"dia buat ape?"

"dia kata ape?"

aku yg sedang asyik menonton ni, jawab je la semua soalan dia. ntah betul ke tak, aku jawab je.. hehe..
keseronokan menonton citer setem membuatkan wife aku nak tgk sekali lagi.. tak pernah aku tgk wayang citer yg sama 2 kali.. tak pe la, nanti kita cari kat internet je la yek..
kepada sesiapa yg masih belum tengok, boleh la tgk citer setem ni..

Tuesday, August 18, 2009

sapa cium bontot...

pukul 7.10 pagi..
aku bertolak dari rumahku di bangi ke destinasi kerja di ibukota..
hari ni aku keluar agak lambat dari kebiasaannya. lambat 10 minit je..
hati berbicara, "takpe, jalan dah tak berapa jem sekarang ni, ramai orang dah kuar awal.."

radio memutarkan lagu-lagu pilihan masa kini. Hot FM menjadi pilihan tetap kancil 850 DAT224 plat Kelantan, kereta yg banyak berjasa ni. sepanjang aku mengenali DAT224 ni, pernah la sekali dia buat hal.. kira ok la... kedengaran suara Faizal Ismail yg membuat panggilan hangit sedang mentertawakan mangsa yg dihangitkan. hari ni dia keseorangan tanpa ditemani farah fauzana. agak suram dan kurang ceria AM krew bila tiada gabungan farah dan FBI.

aku meneguk air sarsi yg dibekalkan isteri untuk menghilangkan mengantuk. memang agak mengantuk memandu seorang diri di pagi hari. aku dah melepasi tol sg.besi yg sebelum ini menjadi tempat bermulanya kesesakan lalu-lintas. sampai sahaja di depan Desa Petaling, kereta mulai banyak dan bergerak perlahan-lahan. mulalah kesesakan lalu-lintas.. aku juga terpaksa mengharungi kesesakan ini untuk ke tempat kerja.

perlahan-lahan aku menggerakkan DAT224 mengikut tempo pergerakan kenderaan di hadapan. kenderaan di hadapan bersilih ganti. mataku berkedip-kedip.. terasa berat untuk membuka mata. alunan muzik di radio tidak dihiraukan lagi. air sarsi diteguk lagi.. segar seketika. perjalanan yg sgt lembab membuatkan aku 'mamai'..

Waja di hadapanku... zzzzzzzzzzz dan zzzzzzzzzz lagi...
'GEDEGANGGGGG' keretaku terhenti...
"kuang haja... sapa plak yg langgar belakang keta aku nih??" eh, takde plak...
kelihatan waja dihadapan yg berhenti..
"kuang haja punya aku, sapa suruh cium bontot waja nih??? mampos aku, bala menjelma untuk menghapuskan dosa2 kecilku..huhu"

nampaknya melayang la duit aku kali nih...

cerita seterusnya adalah babak2 berkenalan dan memohon maaf yg tidak perlu aku huraikan. bayar tetap bayar...

Monday, August 17, 2009

gerai + konvo...

konvokesyen...

time konvokesyen ni ada plak dibuka gerai2 yg menjual pelbagai barangan seperti, bunga, hadiah konvo, pakaian, dan segala macam benda la.. oleh itu, gerai2 ini dinamakan gerai konvo..

seperti biasa, konvo ni dibuat selalunya serentak bagi semua institusi pengajian tinggi. kalau bukan serentak pun, dalam lingkungan masa yang hampir sama la.. sepanjang majlis konvokesyen ni berlangsung iaitu lebih kurang seminggu, maka gerai konvo pun seminggu la.

aku tidak ketinggalan untuk meluangkan sedikit masa untuk ke gerai konvo bersama isteri tercinta, siti mujahadah bt md kamal (nama sebenar). namanya disebut disini atas permintaannya tuan punya nama. hehe..

wife aku ni telah secara senyap2 membuat jadual dan rancangan untuk mengunjungi beberapa gerai konvo di beberapa universiti sekitar lembah klang. antaranya adalah Universiti Malaya (gerai konvo paling best), Universiti putra Malaysia (sunyi sepi) dan UKM (belum dikunjungi).
satu lagi universiti yg turut tersenarai adalah Uniten. kedudukan rumahku yg strategik iaitu di kawasan yg berhampiran 3 universiti ni telah memudahkan isteriku untuk menjayakan rancangannya.

setakat ni aku telah diheret ke 2 lokasi gerai konvo iaitu UPM dan UM. seperti dinyatakan di atas, gerai konvo UM memang the best manakala suasana di UPM agak suram dan lengang. mungkin kerana terkena tempias langkah berjaga2 H1N1. maka student UPM mengambil langkah bijak agar tidak bersesak2 di gerai konvo.

kalau diikutkan jadual, semalam iaitu hari ahad sepatutnya giliran gerai konvo UKM. tapi rancangan tidak dapat dilaksanakan kerana sebab2 tertentu. tapi aku pasti minggu ni akan tercapai juga cita2 isteriku untuk mengunjungi gerai konvo UKM.. aku memang pasti.. ikut je la...

memang seronok tengok student bertungkus-lumus menguruskan gerai masing2..


Friday, August 14, 2009

pergi tak kembali

" setiap insan pasti merasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa
terdengar sayup surah dibaca
sayunya alunan suara
cemas di dada, lemah tak bermaya
terbuka hijab didepan mata
selamat tinggal pada semua
berpisah kita selamanya
kita tak sama nasib di sana
baikkah atau sebaliknya
amalan dan takwa jadi bekalan
sejahtera bahgia pulang ke sana
sekujur tubuh berselimut putih
rebah bersemadi sendiri
mangharap kasih anak dan isteri
apa mungkin pahala dikirim
terbaring sempit seluas pusara
soal-bicara terus bermula
sesal dan insaf tak berguna lagi
hancurlah jasad dimamah bumi
berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanyalah kenangan
diiring doa dan air mata
yang pergi takkan kembali lagi "
al-Fatihah... pemergian ustaz asri rabbani sangat menyentuh hatiku. ustaz asri adalah seorang pendakwah yg sangat disegani ramai terutamanya dalam dunia seni nasyid. semoga rohnya dicucuri rahmat. bait2 lirik nasyid pergi tak kembali nyanyian ustaz asri sangat menyentuh sanubari sesiapa yang mendengar. senikatanya meninggalkan kesan yang mendalam dan boleh menimbulkan rasa insaf di kalangan pendengar. diharap akan ada seorang lagi insan yang dapat meneruskan perjuangan ustaz asri. InsyaAllah..
p/s: yasmin ahmad pergi, wujudnya satu channel khas YADK (yasmin ahmad dalam kenangan. adakah akan wujud satu lagi channel khas, UADK??? apakah perbezaan yasmin ahmad dan Ustaz Asri dan siapa yang lebih dikenang?

Thursday, August 13, 2009

anak ikan

ikan ni aku beli kat pasar malam bangi hari sabtu.
semuanya 7 ekor. 3 laki 4 pompuan (sekilas ikan di air, ku tahu jantan betinanya)
jika diperhatikan pada gambar kt atas, hanya 5 ekor yg sedang bermain gembira.
2 ekor lagi yg terdambar di bawah telah mati kelemasan.
yang mati tu 2-2 pompuan, mati bergaduh rebut ikan laki.
lawan tarik rambut sampai mati lemas.
dalam air jangan bergaduh...
maka tinggal la 5 ekor, 3 laki 2 pompuan..
kat sebelah balang tu adalah makanan ikan..

gambar atas ni plak ikan dah tinggal 4 ekor.

1 ekor ikan laki bunuh diri sebab aweknya iaitu 2 ikan pompuan dah mati.

balang tempat ikan bermain dah tukar kepada yg lebih besar.

setelah seminggu memelihara ikan2 ini, 1 demi 1 mati di medan perang..

ikan2 ni saling berbunuhan untuk mendapatkan kuasa sebagai perdana menteri ikan.

main politik kotor.

maka, sekarang ni dah tak dak ikan.

hari sabtu ni kena beli ikan lain.

nak beli ikan emas yg cantik plak.

tapi sebelum tu kena beli akuarium besar dulu.

supaya ikan ni tak bergaduh.

kali ni nak beli 2 ekor je ikan besar supaya tiada lagi pergaduhan.

sekian terima kasih...



jangan biar otak jadi beku

khamis, 13 ogos 2009.

jangan biar otak jadi beku...
hari ni aku sampai office awal, seawal jam 8.00 pagi. takde jem sgt hari ni. tak macam semalam, sgt2 jem..sampai office dah pukul 8.45.. lewat la maknanya... itu la masalahnya kalau hujan di pagi hari.. jalan akan jadi sesak sgt...KUALA LUMPUR kota kesesakan...
dah pukul 11 pagi. baru lepas siapkan kerja yg ditangguhkan dari hari Isnin hari tu. bukan ditangguhkan sebab aku malas, tapi sebab bos takde nak semak surat. so, hari ni dah siapkan dan dah hantar untuk dipos kepada si penerima.

apa yg akan aku buat hari ni?
a) jalan2 kacau orang buat kerja
b) pergi bilik wan azhar dan tido
c) main FM season3
d) tunggu keje baru sambil buat2 ade keje

dah 35 hari aku memperhambakan diri di sini.. kerja dah ade la sikit2. belum banyak kerja lagi. ataupun memang kerja tak banyak. kalau macam ni la kerja kat sini, memang aku goyang kaki. mana boleh goyang kaki je.. tak nak la makan gaji buta je.. tapi aku buat keje jugak.. bukan aku tak buat keje langsung. cuma keje aku tak banyak. takkan la aku nak mintak buat keje orang lain plak. hehe..
kalau dulu keje kat SHAL CORPORATION, aku memang kaki rayau. mana nak lekat kt office. ade je keje aku kt luar. kalau takde keje pun, aku tetap keluar. jalan2 cari makan. tapi sekarang, aku kena duduk je kat sini walaupun takde keje.. tunggu habis waktu keje..
hari masih muda... mungkin nanti ade lagi keje selambak untuk aku.. apa yg ada dalam kepala hotak aku sekarang ni adalah, 'bila gaji nak masuk da???'

Tuesday, August 11, 2009

Bio-Nik buat aku sakit hati

Bio-Nik ditayangkan setiap hari Isnin jam 9malam. hampir setiap minggu aku mengikuti episod drama melayu ni. pelakonnya adalah kamal adli, intan ladyana, fizo omar dan ramai lagi la. aku takde la kenal semuanya. penerbitnya plak adalah KRU Studios. kira cerita ni KRU punya la. dan sebab tu la aku ada minat mau tengok ini cerita. ye la, citer KRU ni kira boleh layan la jugak kan??? minggu demi minggu aku tengok citer ni, aku dah rasa pelik je.. ape punya citer la ni.. skrip memang terabur habis.. hancur.. jalan citer, macam budak2... citer superhero, tapi aksi macam citer teater kanak2.. ada hati nak samakan citer ni ngn citer superhero omputeh. hampeh.. sape la pengarah citer ni.. penulis skrip memang hingusan... budak sekolah buat citer lagi best la... buat sakit hati je tengok.. kalo ye pun nak buat citer bersiri suoerhero, buat la betul2... ni macam main2 je... buat malukan industri per'drama'an melayu je... sekarang ni aku tengok drama melayu kat TV dah semakin mengarut... satu lagi citer yg tak best adalah PUTERI AURORA BERADU... memey, setakat berlakon tido je... hahaha... kelakar... baik tak payah berlakon drama la.. berlakon dalam dunia realiti hebat sangat... "keluarga saya sokong dengan segala apa yg kata lakukan". berkhalwat pun keluarga boleh sokong ke??? pelik tul...

aku yg sakit hati...

Monday, August 10, 2009

Babi tu Haram...


H1N1 @ selsema BABI...


semakin hari semakin ramai yg menjadi korban. masa mula2 penyakit ni menular, kerajaan Malaysia dengan beraninya telah menyatakan bahawa Malaysia bebas daripada jangkitan ini. negara lain telah banyak kes, tapi masa tu Mlaysia memang la bebas. tapi dalam sedar atau tidak hari ni dah ramai yang menjadi mangsa. kes korban telas mencecah hampir 30 orang. setiap hari ada kes baru. semakin hari jumlah kes semakin meningkat, apa tindakan kerajaan Malaysia? hanya mengeluarkan statistik dan bilangan mangsa hari demi hari. setiap hari keluar berita mengatakan yg penyakit ni bahaya. tapi apa yang perlu dilakukan?? setakat suruh basuh tangan, batuk tutup ngn sarung tangan.. manalah org yg batuk tu tahu dia ada penyakit selsema babi ni..

sekarang ni memang aku takut sangat nak pi tempat yg ramai orang. tempat yg ramai orang ni ada macam2 jenis penyakit. mintak jauh penyakit ni dari diri aku dan keluarga serta rakan2ku.. diharap cepat la penyakit ni dapat ditangani. semoga tiada lagi yg menjadi korban.
di mana boleh aku dapatkan topeng muka yg orang selalu pakai tu???

Friday, August 7, 2009

kita enjoy...

malam ni ada game boling kat mines.. minggu lepas dah main hari sabtu.. memang aku plan untuk buat game setiap minggu.. sebab dah lama tak main ngn member2.. minggu lepas dapat kumpul 5 orang je.. eddy, cabil, pajan, torik dan aku... 1st game aku menang la.. 2nd n 3rd game bagi la org lain plak.. kesian plak kt org lain.. takkan la aku je yg nak menang..hahaha.. riak betul.. memang main boling ngn member2 ni boleh hilangkan segala kekusutan dalam kepala ni.. memang enjoy habis la.. aku gelak pecah perut la.. dah lama tak gelak camtu.. wife aku tak ikut ari tu, dia bagi aku masa utk lepak ngn member2 plak.. sebab aku memang jarang ade time nak kuar lepak ngn member2.. aku ni malas gak nak kuar.. kalo kuar pun sebab wife aku ajak..

malam ni maybe ramai sikit yang join. zarir, kema n yob maybe join... best gak sesekali dapat lepak ramai2.. banyak citer boleh kongsi.. ajak naga, tapi dia ckp bini dia tak sihat.. bakal jadi bapak, camtu la.. tapi torik boleh je.. bakal jadi bapak jugak.. aku bila plak.. huhu.. wife aku ikut jugak kot malam ni.. kesian gak tinggal dia sorang2 kat umah.. dah la wife aku ni 'kurang berani'.. hehe.. jangan marah..

"sayang, nak ikut tak malam ni?"

Thursday, August 6, 2009

kehidupan yang hanya sementara

kehidupan ni hanya sementara..

ada orang yang ditakdirkan hidup lama. umur telah menjangkau 100 tahun, tapi masih lagi mampu bernyawa walaupun tidak segagah di usia muda.

ada orang yang ditakdirkan hidup hanya sebentar cuma. umur baru 5 tahun, sudah kembali menghadap yang Maha Kuasa. masih terlalu muda. masih belum kenal erti kehidupan.

ada orang hidupnya kaya, harta melimpah ruah. masalah kewangan mustahil untuk difikirkan. punya tanah, rumah seluruh pelusuk dunia. ada kuasa yang begitu kuat untuk mempengaruhi kehidupan manusia lain. mampu beli benda mahupun manusia.

ada orang hidupnya miskin, papa kedana. hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. kalau tak kais, maka tak makan la jawabnya. sentiasa dibelenggu masalah kewangan. hutang keliling pinggang. hidup merempat. sentiasa ditindas oleh manusia lain.

kehidupan hanya sekali..

tidak kira siapa kita, kaya atau miskin, berkuasa atau tidak, kita tetap hamba Allah pencipta alam. sesungguhnya dari tanah kita diciptakan, maka kepada tanahlah kita akan kembali.. janganlah kita bongkak dengan harta sementara yang dikurniakan Ilahi.. bersyukurlah.. sujudlah menghadap yang Maha Esa. Dialah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.. janganlah sesekali kita mempersoalkan kekuasaanNya. Yakinlah... Percayalah...

Allah Maha Besar... Allahuakbar...

Tuesday, August 4, 2009

aku keje, tapi tak keje...


aku berada di hadapan komputer DELL yg baru disewa oleh bahagian senggara fasiliti jalan. dapat komputer baru. laju la sikit nak wat keje.. tapi takde keje ape pun.. baru pas baca blog nahar.. sempat gak bergelak sampai takleh nak henti bila baca pasal Bilal Bin Ghunnah... dah macam idgham bila ghunnah plak jadinya nama bilal bin rabbah ni... hahaha...

tadi duk dalam pentry bersembang pasal citer zaman sekolah ngan Rizal ( budak sekolah soksek p.pinang). citer budak sbp. sama je... teringat zaman seratas... rindu zaman sekolah menjelma kembali...

hari ni seperti biasa, takde keje nak buat, dah sebulan keje pun takde mende nak buat lagi.. unit pewartaan dan pembangunan tepi jalan baru je tukar boss. Tuan haji sulaiman dah tukar ke unit koprat.. boss yang baik selalu bertukar unit.. semua orang nak boss baik.. boss baru aku tuan haji azahari. boss baru masih ada kat tingkat bawah. aku masih lagi tak tau nak buat keje apa.. setakat ni aku kena uruskan pasal pembangunan tepi jalan, tapi masih belum ada kes nak kena study.. setakat baca kes2 lama je... so, sgt la bosan..

kat opis ni aku boleh bukak blog je la, friendster dan FB kena block.. hampeh.. YM pun tak de... bosan... aku masih lagi takde bilik khas.. sepatutnya aku boleh duk dalam bilik sendiri, tapi bilik dah penuh la.. bilik kak ros yg baru je pindah ke penang masih kosong tapi nampak macam boss baru nak duk situ. sebab boss lama tak pindah bilik.. so, aku masih lagi di luar.. huhu.. depan bilik boss plak tu.. tepi pintu lagi.. sungguh tidak strategik tempat nih... terima je la...

semoga hari esok lebih baik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...